BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

MOST WELCOME

PELANGGAN DIHORMATI, SELAMAT BERKUNJUNG KE RUANGAN KAMI.

Wednesday, July 20, 2011

Cerita Lucu - Zaman berkembar

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama,
“Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,”
kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua,
“Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation,"
kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga,
“Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat”
kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,”
kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab
“Saya bekerja di Seven Eleven.”

Cerita Lucu - Isteriku Liza...

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,"
kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin.

Usin tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni,"
Usin mencubit pipi Liza lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah,"
Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."
Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang."
Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.

"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,"
Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?"
tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks. Cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa. Jangan laju sangat bang, Liza takut."
Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Liza?tak ada apa-apa,"
Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?"
kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."
Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin,"
sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.

"Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?"
Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat.
"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?"
Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!"
emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi Dipetik dari majalah UJANG.

Cerita Lucu - Jelingan ayah...

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

Cerita Lucu - Kisah Kasih Suami Pada Isteri

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata,
"Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu."

Pak Mat menjawab,
"Sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

Cerita Lucu - Loghat mana lebih munasabah?

Timbul persoalan,
Loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur?

Jawapannya:
Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."


Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."


KESIMPULAN:
Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!

Cerita Lucu - Jokes for the day to make you laugh...

Kuih apa yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.

Binatang apa power Karate?
Kuda belang. Cuba kira brape black belt dia ada.

Siape yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saya.

Pintu apa yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Saya ada 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki. Siapakah saya?
Pembohong.

Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Usus

Binatang apa yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut

Nenek sapa jalannya meloncat-loncat?
Neneknya si katak

Knapa lelaki jarang kena penyakit anjing gila?
Sbb lelaki ni kan 'buaya'

Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik.................. 'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik........... 'Dah pagi ni tuan'

Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang... hehe

Tukang apa yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punya susah, bila dah dapat buang, apa bendanya?
Tahi hidung

Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

Knapa pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kena tebang, sapa nak cabut pokok kelapa... gila apa...

Gajah terbang dengan apa?
Dengan susah payah......

Monday, July 11, 2011

Akan Datang - Sri Kenangan Warisan Homestay Kuala Nerang, Kedah

Assalammualaikum Dan Salam 1 Malaysia...

Kami selaku pihak pengurusan Warisan Baitunnur Enterprise ingin memaklumkan bahawa pihak kami sedang berusaha untuk menambah satu lagi homestay di Pekan Kuala Nerang dimana syarikat kami bertapak.

Pada masa kini, kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan oleh pihak kami termasuk melengkapkan barang-barang keperluan asas untuk homestay tersebut.

Pihak kami menjangkakan pelancaran Sri Kenangan Warisan Homestay Kuala Nerang ini sebelum bermulanya bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan harga promosi penginapan hari raya bagi anak-anak yang berkeluarga di perantauan pada kadar yang paling murah.

Sekian. Terima kasih atas sokongan anda selama ini.

Thursday, June 30, 2011

Pelancaran Zon Pertunangan Dan Perkahwinan - Hantaran




Kini pihak kami melancarkan Zon Pertunangan & Perkahwinan dengan memulakan dengan gubahan hantaran pertunangan dan perkahwinan. Rekabentuk hantaran adalah yang terkini dan memuaskan hati anda. Walaubagaimanapun, anda juga boleh menyatakan ciri-ciri hantaran yang dikehendaki.

Pelbagai rekabentuk, pelbagai warna, pelbagai hiasan dan pelbagai bahan untuk anda membuat pilihan.

Sempena pelancaran ini, pihak kami membuat promosi untuk anda. Sekiranya anda membuat tempahan , 1 streamer bersaiz 2' x 5' percuma menjadi milik anda. Promosi ini berakhir pada 30 September 2011.

Hubungi wakil kami yang mahir dalam membuat gubahan untuk keterangan lanjut berkaitan cara tempahan dan harga.
Kak Shimah (019 420 2921)

Monday, June 13, 2011

Akan Datang - Zon Pertunangan Dan Perkahwinan


Para pelanggan yang dihormati, untuk makluman, pihak kami sedang mengusahakan bagi mewujudkan salah satu zon perniagaan kami iaitu Zon Pertunangan Dan Perkahwinan untuk kemudahan anda. Nantikan kewujudannya... Terima kasih di atas sokongan anda selama ini.

Sunday, June 12, 2011

Banner Sambutan Bulan Ramadhan Al-Mubarak 2011









Design Banner Untuk Sambutan Bulan Ramadhan 2011

Pihak pengurusan Warisan Baitunnur Enterprise memohon maaf di atas kelewatan mempamerkan rekabentuk Banner Sambutan Bulan Ramadhan seperti yang dijanjikan pada
11 Jun 2011 disebabkan kesibukan kenduri saudara mara pihak pengurusan. Walaubagaimanapun, pihak kami sedaya upaya menyediakan rekabentuk tersebut.


Seperti yang para pelanggan lihat di atas, pihak kami mengemukakan beberapa rekabentuk untuk para pelanggan membuat pilihan. Bagi kod DBR 1, saiz adalah 2' x 5' dengan harga serendah RM 22.20 manakala bagi kod DBR 2, saiz adalah 3' x 7' dengan harga serendah RM 46.60. Harga tersebut dikira RM 2.22 per kaki persegi.

Untuk makluman para pelanggan, warna dan kandungan tulisan dalam rekabentuk banner tersebut boleh ditukar mengikut citarasa anda tanpa cas tambahan akan dikenakan. Sekiranya perubahan rekabentuk diperlukan, pihak kami akan mengemukan terus ke email para pelanggan (hanya untuk pelanggan yang mempunyai email).

Selain daripada itu, pihak kami juga menyediakan rekabentuk banner mengikut citarasa anda. Anda hanya perlu email maklumat kepada pihak kami (kepada pelanggan yang mempunyai email sahaja) background yang dikehendaki, foto yang dinginkan dalam banner, jenis tulisan mengikut citarasa anda, warna yang digemari serta lain-lain info yang para pelanggan perlukan untuk diletakkan dalam banner tersebut. Pihak kami akan merekabentuk banner mengikut imiginasi anda sehingga anda berpuas hati dengan rekebantuk tersebut. Hanya RM 5 cas tambahan dikenakan untuk setiap rekabantuk tersebut.

Para pelanggan boleh menentukan saiz banner yang diperlukan. Saiz standard dan harga :
  • 2 kaki x 5 kaki = RM 22.20
  • 3 kaki x 7 kaki = RM 46.60
  • 4 kaki x 7 kaki = RM 62.15
  • 4 kaki x 8 kaki = RM 71.00
  • 5 kaki x 8 kaki = RM 88.80
  • 5 kaki x 9 kaki = RM 99.90
  • 5 kaki x 10 kaki = RM 111.00
  • Dan lain-lain saiz mengikut keperluan anda

Penghantaran adalah percuma di sekitar Pekan Kuala Nerang dan laluan Alor Setar-Kuala Nerang dengan masa penghantaran kurang 10 hari waktu berkerja (bermula dari tarikh rekabentuk disahkan)

Tempahan boleh dibuat melalui cara email, fax atau telefon (maklumat seperti dalam info perniagaan).

Pihak kami akan update info berkaitan Banner Sambutan Bulan Ramadhan Al-Mubarak 2011 dari masa ke semasa.

Terima kasih daripada pihak pengurusan Warisan Baitunnur Enterprise.

Sunday, June 5, 2011

Promosi Tempahan Banner Di Pekan Kuala Nerang

Syarikat kami kini melaksanakan promosi tempahan banner / streamer / backdrop sekitar Pekan Kuala Nerang dengan kadar harga yang berpatutan. PROMOSI INI KHAS UNTUK BULAN RAMADHAN yang bakal menjelang tiba. Promosi bermula dari 1 Jun 2011 hingga 15 Julai 2011.

Dengan harga RM 2.22 per kaki persegi, anda mampu untuk membuat tempahan. Streamer 2' x 5' (seperti saiz streamer kenduri) siap dengan paip hanya RM 22.20 (5kaki x 2 kaki x RM2.22). Lain-lain saiz mengikut keperluan anda.

Tiada tempahan minimum diperlukan.

Pihak kami pamerkan contoh rekabentuk banner sambutan bulan Ramadhan pada 11 Jun 2011 untuk anda membuat pilihan.

Sila click TEMPAHAN disebelah untuk cara-cara tempahan.

Teluk Kumbar Warisan Homestay



Teluk Kumbar Warisan Homestay yang terletak di salah satu perkampungan Teluk Kumbarmerupakan salah satu daripada 2 homestay yang dimiliki oleh pihak kami ( 1 lagi di Kuala Nerang, Kedah Darul Aman ).

Selain kapasiti tempat tidur (berkatil) berjumlah 11 orang bagi 5 bilik tidur, ruang serbaguna dapat menampung sehingga lebih daripada 15 orang dalam satu-satu masa dalam keselesaan. Secara puratanya, homestay kami MAMPU MEMUATKAN LEBIH 26 ORANG DALAMKEADAAN SELESA.

Homestay di kelilingi oleh perkampungan dan pekan serta berdekatan dengan pelbagai kemudahan berhampiran. Menariknya, homestay ini DIKELILINGI DENGAN BEBERAPA BUAH KEDAI MEE UDANG yang sinonim dengan Pekan Teluk Kumbar serta Pulau Mutiara. (Hanya berjalan kaki)

Selain daripada itu, homestay kami BERDEKATAN DENGAN PANTAI (kira-kira 100 meter) bagi seisi keluarga berehat dan bersantai sambil mandi serta antara lokasi NELAYAN MEMUNGGAH HASIL LAUT yang diperolehi dan secara tidak langsung ANDA BOLEH MEMBELI IKAN SEGAR terus dari para nelayan.

Dari segi perjalanan, homestay ini hanya kira-kira 6 KM DARI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA PULAU PINANG yang mengambil masa hanya kira-kira 10 minit untuk sampai manakala hanya 20 KM DARI SUSUR KELUAR JAMBATAN PULAU PINANG yang mengambil masa hanya kira-kira 25 untuk sampai.

HUBUNGI KAMI :
019 428 3571 / 013 507 7133 (LINI)
019 475 2077 (MAT)

Tempahan Banner Kenduri Perkahwinan



<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

Sempena cuti persekolahan, banyak kenduri perkahwinan yang dilangsungkan. Kadangkala, seseorang itu mendapat jemputan sehingga berbelas-belas kenduri. Pihak kami tidak ketinggalan untuk menyumbang sedikit kemahiran kami dengan menjual dan membekalkan banner perkahwinan dengan harga yang berpatutan bagi memeriahkan lagi suasana kenduri perkahwinan samada di pihak lelaki mahupun pihak perempuan. Dengan perlbagai rekabentuk yang dikehendaki oleh pengantin, pihak kami melaksanakannya berdasarkan tema warna yang sesuai. Rekabentuk banner di atas antara rekabentuk banner yang diterima oleh kami semasa awal penubuhan syarikat kami sehingga sekarang.

Terima kasih kepada pelanggan yang dihormati

&

Selamat Pengantin Baru

Saturday, May 21, 2011

Tempahan Banner Pemakluman


Selain orang perseorangan dan para peniaga, pihak kami juga menerima tempahan daripada persatuan-persatuan dan kelab-kelab yang bertapak di Daerah Padang Terap. Seperti banner di atas, selalulya para persatuan atau kelab ini menempah banner untuk pemakluman sesuatu perkara yang ingin dilaksanakan serta kadangkala banner untuk perasmian dan lain-lain. Walaubagaimanapun, pihak kami akan tetap memberikan rekabentuk terbaik dan terkini untuk pelanggan kami.

Tempahan Banner Promosi Perniagaan



Rekabentuk banner di atas adalah salah satu contoh rekabentuk banner yang telah dilaksanakan oleh pihak kami untuk salah seorang pelanggan. Dengan tempoh yang singkat, Alhamdulillah, pihak kami telah menyiapkan banner tersebut seperti yang dikehendaki oleh pihak pelanggan. Memandangkan pelanggan memerlukan dengan segera, tiada pengesahan rekabentuk oleh pelanggan. Maka terhasillah banner seperti yang dipaparkan di atas dan pihak pelanggan berpuas hati dengan rekabentuk dan hasil yang diperolehi.
Terima kasih kepada pelanggan yang dihormati.

Warisan Baitunnur Enterprise

Pengunjung blog & pelanggan yang dihormati, blog ini diwujudkan bagi memudahkan para pelanggan mengetahui dan memahami secara lebih mendalam berkaitan perkhidmatan yang kami tawarkan.

Secara ringkasnya, blog ini menerangkan perkhidmatan yang pihak kami sediakan, sedang laksanakan dan akan dilaksanakan dari masa ke semasa.

Khusunya, kami menerima tempahan daripada anda untuk mencetak banner, streamer dan backdrop serta lain-lain jenis cetakan.