BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

MOST WELCOME

PELANGGAN DIHORMATI, SELAMAT BERKUNJUNG KE RUANGAN KAMI.

Tuesday, August 28, 2012

Zon Komik & Majalah - Raja Rimba

Raja Rimba, komik yang berasal dari Hong Kong (Dunia Komik) merupakan salah sebuah karya Ma Wing Shing yang terunggul dan diingati sehingga kini. Kisah Raja Rimba ini mengisahkan adik beradik berlainan ibu iaitu Timur Waja selaku abang dan Harimau Kumbang sebagai adik. Ikuti kisah yang sungguh mendebarkan ini dengan men'download' episod demi episod.

** Komik ini di'download' oleh pihak kami dari pelbagai blog-blog komik terkemuka di Malaysia dan di'upload' semula dalam blog kami. Pihak kami akan memaparkan blog-blog tersebut dalam masa terdekat. Terima kasih kepada semua blogger-blogger komik.


Selamat men'download'.

Zon Komik Dan Majalah

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera ...

Zon ini merupakan zon baru bagi membolehkan para pengunjung bersantai sambil membaca komik dan majalah (tapi kena download dulu) selain dijadikan koleksi dalam komputer. Pelbagai komik dan majalah akan di'upload' dalam zon ini.

Diharap para pengunjung berpuas hati.

Sekian.

** sedang mencari cara nak upload file .zip dalam blog ...

Meneruskan Perjuangan

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera ...

Pihak kami memohon maaf kerana telah lama blog ini tidak di'update' memandangkan masa yang agak terhad. Walaubagaimanapun, pihak kami tetap akan meneruskan blog ini selagimana hayat dikandung badan dan dunia internet masih wujud.

Pihak kami juga ingin memohon maaf kerana Sri Kenangan Warisan Homestay Kuala Nerang yang dicadangkan sebelum ini terpaksa ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Sepanjang blog ini tidak di'update', beberapa perancangan telahpun dirangka bagi meneruskan dan memajukan perkara-perkara yang terdahulu antaranya :

- Mewujudkan zon baru iaitu Zon Arkitek Dan Bangunan yang berfungi sebagai menyediakan pelan lakaran, pelan submission, pelan pembinaan, lukisan 3D selain kerja-kerja pembinaan merangkumi mengecat rumah dan pembinaan.

- Mewujudkan zon baru iaitu Zon Makanan Dan Minuman yang berfungsi menjual makanan dan minuman dengan kadar yang berpatutan samada daripada IKS dan lain-lain selain memaparkan info makanan enak dari kedai atau restoran seluruh Malaysia.

- Mewujudkan zon baru iaitu Zon Pakaian Dan Tekstil yang berfungsi menjual pelbagai pakaian lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak.

- Mewujudkan zon baru iaitu Zon Komik Dan Majalah yang berfungsi untuk para pengunjung men'download' dan membaca komik kegemaran pengunjung (pihak kami men'download' dari pelbagai blog komik yang lain).

- Teluk Kumbar Warisan Homestay telah dicadangkan agar ditukar kepada sewaan bulanan oleh mana-mana pihak yang berminat. Info terbaru akan dimaklumkan dalam Zon Kediaman Dan Penginapan.

- Dan lain-lain yang akan di'update' kelak.

Walaubagaimanapun, perancangan di atas adalah perancangan semata-mata dan pihak kami akan berusaha bagi menjayakannya. Doakannya.

Sekian.