BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

MOST WELCOME

PELANGGAN DIHORMATI, SELAMAT BERKUNJUNG KE RUANGAN KAMI.

Tuesday, August 28, 2012

Meneruskan Perjuangan

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera ...

Pihak kami memohon maaf kerana telah lama blog ini tidak di'update' memandangkan masa yang agak terhad. Walaubagaimanapun, pihak kami tetap akan meneruskan blog ini selagimana hayat dikandung badan dan dunia internet masih wujud.

Pihak kami juga ingin memohon maaf kerana Sri Kenangan Warisan Homestay Kuala Nerang yang dicadangkan sebelum ini terpaksa ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Sepanjang blog ini tidak di'update', beberapa perancangan telahpun dirangka bagi meneruskan dan memajukan perkara-perkara yang terdahulu antaranya :

- Mewujudkan zon baru iaitu Zon Arkitek Dan Bangunan yang berfungi sebagai menyediakan pelan lakaran, pelan submission, pelan pembinaan, lukisan 3D selain kerja-kerja pembinaan merangkumi mengecat rumah dan pembinaan.

- Mewujudkan zon baru iaitu Zon Makanan Dan Minuman yang berfungsi menjual makanan dan minuman dengan kadar yang berpatutan samada daripada IKS dan lain-lain selain memaparkan info makanan enak dari kedai atau restoran seluruh Malaysia.

- Mewujudkan zon baru iaitu Zon Pakaian Dan Tekstil yang berfungsi menjual pelbagai pakaian lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak.

- Mewujudkan zon baru iaitu Zon Komik Dan Majalah yang berfungsi untuk para pengunjung men'download' dan membaca komik kegemaran pengunjung (pihak kami men'download' dari pelbagai blog komik yang lain).

- Teluk Kumbar Warisan Homestay telah dicadangkan agar ditukar kepada sewaan bulanan oleh mana-mana pihak yang berminat. Info terbaru akan dimaklumkan dalam Zon Kediaman Dan Penginapan.

- Dan lain-lain yang akan di'update' kelak.

Walaubagaimanapun, perancangan di atas adalah perancangan semata-mata dan pihak kami akan berusaha bagi menjayakannya. Doakannya.

Sekian.

0 comments: